Friday, October 1, 2010

Profil solekan



Sentuhan exchangegurl90 digayakan oleh Jurusolek Artis Lynna Ameer yang menggenakan gaya solekan `natural` dan kontemporari kepada bakal-bakal pengantin. Gaya semulajadi ini merupakan intipati utama kami agar pengantin lebih tampak berseri dan menawan dengan keaslian wajah yang tersendiri. Ianya bersesuaian dengan majlis perkahwinan yang menonjolkan ciri anggun mempelai.

Lynna Ameer merupakan jurusolek artis yang mendapat tunjuk ajar yang mantap secara professional dan terus dari Nurul Shukor Touch Academy iaitu jurusolek terkenal tanah air. Pendedahan yang mantap ini memberi keyakinan yang tinggi kepada kami menghasilkan solekan yang anggun dan berseri.



Berikut adalah contoh solekan yang dihasilkan oleh Butik Seri Mempelai melalui gaya semulajadi oleh Lynna Ameer. Butik kami menggayakan solekan secara 'natural' kepada bakal pengantin supaya ianya lebih tampak berseri dan menawan. Produk MAC & Krayolan menjadi material utama kami dalam penghasilan solekan ini. Namun pemilihan tema bagi solekan boleh dibincangkan dgn Kak Lynna samada ingin lebih vogue atau ala-ala stage appearance tetapi ianya mengikut kesesuaian majlis.


No comments:

Post a Comment