Friday, October 1, 2010

Pakej Istimewa

Pakej A - RM1,500.00
* Baju Bersanding
* Baju Berinai
* Baju Persalinan-2 pasang
* Andaman & Solekan (2x)
* Pelamin
* Aksesori-(keris, rantai, tiara, payung, bantal inai, kipas)


Pakej B-RM1,100.00

* Baju Bersanding
* Baju Persalinan-1 pasang
* Andaman & Solekan (1x)
* Pelamin
* Akesesori-(keris, rantai, tiara, payung, bantal inai, kipas , bunga tangan segar)


Pakej C-RM550.00

* Baju Sanding

* Andaman & solekan

* Aksesori {keris, rantai, tiara, payung, kasut (p)}


Pakej Cinta-RM1,650.00


* Baju Sanding
* Baju Berinai
* Baju Nikah
* Baju Persalinan
* Andaman & solekan (2x)
* Pelamin
*Aksesori :-
(bantal inai, bantal nikah,kasut sanding/inai, bunga pegang segar, keris, rantai, tiara, payung, kipas)

Pakej Romantis -RM2,250


* Baju Bersanding

* Andaman & Solekan (1x)

* Pelamin

* Aksesori :-

{keris, rantai, tiara, payung, kasut (p)}

* Fotografi Romantis
-Penggambaran tanpa had
-100 keping cetakan (4r)
-Merangkumi majlis utama (Nikah & Sanding)
-Satu Album Custom – 12 x 16(8x12)
-3 keping (8x12)
-Satu Album (4r)
-Satu Potret Frame (8x12)
-Satu CD

Pakej Eksklusif

Pakej Seri - RM1,988


* Baju Sanding (French Lace)

* Andaman & Solekan (1x)

* Pelamin 1 Panel (rumah)

* Aksesori:-

(keris, rantai, tiara, veil, kasut sanding(p), bunga tangan segar, set renjis, payung, bantal inai, kipas)


Pakej exchangegurl90 - RM2,588


* Baju Sanding yang ditempah khas (French Lace)

* Baju Persalinan sepasang

* Andaman & Solekan (2x -nikah & resepsi)

* Pelamin satu panel (rumah)

* Aksesori :-

(keris, rantai, tiara, veil, kasut sanding(p), bunga tangan segar, set renjis, payung, bantal inai, kipas)




Busana Pengantin





Profil solekan



Sentuhan exchangegurl90 digayakan oleh Jurusolek Artis Lynna Ameer yang menggenakan gaya solekan `natural` dan kontemporari kepada bakal-bakal pengantin. Gaya semulajadi ini merupakan intipati utama kami agar pengantin lebih tampak berseri dan menawan dengan keaslian wajah yang tersendiri. Ianya bersesuaian dengan majlis perkahwinan yang menonjolkan ciri anggun mempelai.

Lynna Ameer merupakan jurusolek artis yang mendapat tunjuk ajar yang mantap secara professional dan terus dari Nurul Shukor Touch Academy iaitu jurusolek terkenal tanah air. Pendedahan yang mantap ini memberi keyakinan yang tinggi kepada kami menghasilkan solekan yang anggun dan berseri.



Berikut adalah contoh solekan yang dihasilkan oleh Butik Seri Mempelai melalui gaya semulajadi oleh Lynna Ameer. Butik kami menggayakan solekan secara 'natural' kepada bakal pengantin supaya ianya lebih tampak berseri dan menawan. Produk MAC & Krayolan menjadi material utama kami dalam penghasilan solekan ini. Namun pemilihan tema bagi solekan boleh dibincangkan dgn Kak Lynna samada ingin lebih vogue atau ala-ala stage appearance tetapi ianya mengikut kesesuaian majlis.


Pelamin.....





Ini antara contoh-contoh pelamin yang dapat ditontonkan sebagai gambaran dan juga ilustrasi kepada pelamin anda. Kami turut menyediakan bentuk atau gaya- gaya baru pelamin umpamanya Pelamin tiang roman, tiang panel mengikut bajet dan citarasa masing-masing. Perbincangan mengenai penggayaan pelamin atau design boleh dilakukan asalkan ianya mengikut bajet anda yang empunya majlis.

Range harga untuk pelamin dari klasik ke eksklusif(tiang roman atau panel atau lain2) dan di dewan (besar atau kecil) atau hotel antara RM900 ke RM7,500.manakala kos untuk pelamin di rumah pula antara RM500-RM1500 mengikut selera masing-masing.

Sekiranya ada contoh design lain yang ingin sangat dibuat tapi tiada contoh gambar dalam simpanan kami bolehlah dibawa untuk perbincangan lebih lanjut no cost at all......cuma bila confirm je kena 30% dari nilai harga.

Selamat Datang ke Butik Pengantin exchangegurl90







Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah, kerana limpah dan kurnia-Nya, dapat saya dan ahli kumpulan membuka galeri pengantin secara alam maya yang mana kini semakin dikenali ramai dengan alam siber.Galeri pengantin ini adalah cetusan ilham dari teman yang sentiasa menyokong dari belakang dan sentiasa bersama saya, dan ahli kumpulan saya yang tak pernah luntur memberi semangat sehingga tercetusnya "Butik Pengantin exchangegurl90 ini. Galeri pengantin ini di ilhamkan khas buat anda yang baru mahu mengorak selangkah menuju ke alam perkahwinan dan yang baru ingin membina istana cinta melalui ikatan pertunangan am nya. Diharapkan dengan terbinanya galeri pengantin "Butik Pengantin exchangegurl90" dapat membantu anda menyelunaskan apa yang diingini kerana kami sentiasa mencuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk merealisasikan impian perkahwinan / pertunangan anda.